BINA JARINGAN HUBUNGAN ANTARA GURU j-QAF PAHANG

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL-MODEL P&P DAN kOKURIKULUM SERTA PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM j-QAF DAN RANCANGAN TAHUNAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Buku panduan (Tahun 1 - 6) tersebut boleh didapati dengan muat turut di laman web :- http://www.moe.gov.my/bpk/ . Buku panduan tidak lagi diedarkan seperti tahun-tahun sebelumnya.

TAHUN BARU 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010 pada semua guru-guru program j-QAF Pahang Darul Makmur. Mulai 2010 saya akan menggunakan laman blog saya ini sebagai salah satu cara untuk saya menyalurkan maklumat berkaitan dengan Operasi j-QAF JPN Pahang. saya amat mengalu-alukan seluruh guru j-QAF Negeri Pahang atau di Seluruh Malaysia memberi respon kepada blog in dengan menyatakan pandangan atau cadangan-cadangan kepada saya.

Adalah diharapkan melalui saluran ini kita sama-sama mendapat manfaat dan dapat memartabatkan perjuangan yang kita pilih ini.

Terima Kasih.